Wednesday, September 30, 2009

Bersama Pemuda


Semalam memimpin usrah pemuda dengan tajuk Pemuda Bertaqwa. Sedia maklum bahawa ketaqwaan merupakan asas penting dalam penjanaan Insan soleh. Saya memulakan dalam bentuk muhasabah apakah madrasah ramadhan yang kita lalui mungkin kali ke 15 atau lebih menunjukkan peningkatan khususnya diri kita ke arah ketaqwaan. Apakah ia hanya ramadhan yang kita lalui sekadarnya tampa ada pembaharuan kepada diri kita. Jesteru marilah pada kesempatan ini kita meneruskan roh ramadhan dengan program yang telah disusun oleh Allah dalam diari harian kita. Kita mulakan bangun awal untuk solat dan kita hidupkan malam dengan solat sunat termasuk witir yang boleh kita lakukan dengan jumlah rakaat melebihi 3 rakat mungkin berusaha sehingga witir 11 rakaat seperti amalan Nabi saw.

Kita sedar bahawa antara perkara penting yang dapati dalam ramadhan adalah persekitaran ibadah yang wujud dimana - mana. Jesteru kita wajar menersukan persekitaran itu samada dalam rumahtangga kita atau masyarakat. Masjid diimarahkan dengan pelbagai aktiviti dan mesyarakat mudah memberikan sedeqah dan sebagainya. Malam dihidupkan dengan solah dan ibadah seperti tadarus dan sebagainya yang begitu meriah. Maka sebagai pemuda kita banyak dipengarhi faktor persekitaran ini. Jika persekitarannya menjurus ke arah kebaikan maka masyarakat khususnya golongan remaja dan pemuda akan bersama ke arah itu. Kilahlah yang patut meneruskan usaha dan kemeriahan ramadhan dapat diteruskan sehingga bertemu ramadhan pada tahun hadapan. Jadilah ' rabbaniyyun bukan ' ramadhaniyyun '.



0 comments: