Wednesday, March 25, 2009

CATATAN SEMALAM



Setelah lama tak ceramah di pentas umum. semalan ketika balik dari pejabat tiba dapat telefon daripada YB Firdaus ( Jerai ) minta ganti dia ceramah di markaz UPU Guar Kepayang Parlimen Pendang. Hati berat menerima memandangkan program dak dekat dan beliau tidak dapat hadir kerana bersama MB dalam program di Bukit Selambau maka gaghi juga bagi memenuhi gantian tersebut.

Selepas maghrib bertolak seorang diri ke tempat ceramah , bila sampai penganjur sudah bersedia dan memasangkan cd ceramah Penceramah Budak dari Kelantan . Bila dengar ceramah beliau itu rasanya hebat dan begitu teruja kerana beliau mampu memberikan ceramah yang berkualiti. Bila baca al-Quran dia buat lagu dan ini menarik sekali.

Setelah makan malam yang disediakan penganjur ana menunggu giliran ceramah selepas YB Taulan Rasul ( Exco Agama ) yang mencerita berita terkini KEDAH dan beberapa cabaran termasuk ganguan daripada pihak tertentu untuk menggagalkan pemerintahan Pakatan Rakyat di KEDAH. Al-hamdulillah sehingga kini masih stabil walaupun cubaan pelbagai bentuk.

Tiba giliran ana .. ana memulakan ucapan dengan menyebut hadis nabi yang menyatakan tiga perkara jajarlah anak kamu iaitu kasih nabi,kasih keluarga nabi dan kasih al-Quran. Jesteru menjadi tanggungjawab kerajan, ketua masyarakat dan ketua keluarga bagi melaksanakan 3 program tersebut ke arah melahirkan insan soleh ummat nabi Muhammad yang cemerlang.

Musuh Islam telah merancang untuk memusnah ingatan ummat kepada nabi mereka dengan menghapuskan kalendar Islam iaitu memadamkan bulan Islam dalam ingatan ummat dengan membesarkan bulan masihi. Sambutan tahun baru amat berbeza dengan sambutan tahun baru Islam. Paparan televisyen dan media massa amat berbeza antara dua sambutan tersebut.

Seterusnya ana menimbulkan satu persoalan .. jika Nabi bersama kita pada hari adakah baginda gembira atau menangis.. Pastnya nabi menangis denga realiti kita hari ini. Ramai umatnya yang tidak solah , tidak menunaikan zakat dan sebagainya seterus yang paling hebat umatnya menolak hukum dan cara hidup Nabi dalam kehidupan mereka.

Jesteru marilah kita melakukan muhasabah sejauh mana komitmen kita dan iltizam kita dengan ajaran nabi saw. sejauh mana kasih kita kepada baginda, apakah cukup dengan sambutan ini, perarakan dan membuat kenduri sembelih lemb u dan kerbau , sedang Allah taala melaknat Abu Lahab sedang ia kasih kepada Nabi pada awal kelahiran baginda dengan menyembelihkan unta bagi menjamu pendudukan Mekah atas kehiran anak saudaraNya tak dikira oleh Allah bagi menghapuskan kedegilan dan kejahatannya menentang hukum dan ajaran agama yang dibawa oleh anak saudaranya.

Ana sudahi ceramah dengan hados nabi tentang akhir zaman yang menyatakan akahir zaman akan kedapatan ummat Islam ..nampak Islam mereka pada namanya sahaja, al- Quran hanya tinggal tulisannya sahaja dan masjid indah tetapi tidak membawa hidayah malah dibina daripada unsur syubhah dan lebih kepada kemewahan dan kemegahan sahaja.

Monday, March 16, 2009

SEKITAR KIDU













i. Bangunan Utama
ii. Bahagian Hadapan
iii. Asrama
iv. Pejabat
v. Bilik Jahitan
iv. Kawasan Pertanian - Sayuran & Peternakan Ikan Keli
v. Dll

Di Taman Tamadun Islam




Solat subuh di masjid Kristal hany kami 3 orang. Sedia masjid tersergam indah solat subuh tidak ada jamaah. Apa ertinya .. sedangkan rumah Allah dibina dan diimarah.. Inilah perancangan yang tidak kena..

Seminar Pendidikan Islam Malaysia Komtemporari Peringkat Kebangsaan di Trengganu




Wakil KIDU ialah Ustaz Abdul Ghani Abdullah
Wakil SMIDU ialah Ustaz ulkharnain Ishak dan Ustaz Zulkifli Ahmad
Wakil Madrasah Taklimiah Ustaz Abd Hadi dan Isteri
Wakil HESA Ustaz Mohd Fairuz Mamat

Gambar sekitar program :

Tuesday, March 10, 2009

Gambar Tuan Guru di KIDU





Tuan Guru Hj Hadi Daftarkan Anak Belajar di KIDU


Pada 1 Mac yang lalu Tuan Guru bersama rombongandaripada Rusila khusus ke KIDU bagi mendaftarkan anak beliau dalam kuliah Syariah di KIDU. Kami warga KIDU amat bebrbesar hati atas komitmen tuan guru menyerahkan anak beliau ketiga untuk dididik dan diasuh di bumi Muassasah Darul Ulum setelah dua kakaknya telah tamat pengajian di KIDU. Dalam kesibukan tuan guru memimpin jamaah masih ada ruang untuk beliau menjengok kami sambil menghantar anak tercinta beliau. Kami warga Muassasah danKIDU mengucapkan terima kasih dan kehadiran tuan guru menyemarakkan semangat kami memperkasakan pendidikan ummah ini.

Tuan Guru di sambut Dato' Speaker Kedah dan barisan pensyarah.


Lawatan Daripada IPTS