Sunday, August 23, 2009

Tazkirah Ramadhan

Tadi baru selesai menyempurnakan Tazirah Ramadhan di Masjid Nurul Ehsan di perkarangan Kompleks PAS Pokok Sena. Imam tarawih sahabat iaitu Ust Abdullah Din dan sejurus selesai solat 8 rakaat pengerusi menjemput menyampaikan tazkirah.

Sebenarnya giliran malam itu adalah Ust Yusuf Awang memandangkan beliau berada di Pengkalan Pasir untuk kempen pilihanraya saya diminta ganti.

Saya memulakan tazkirah dengan mengajak hadirin menilai kesan ramadhan pada tahun lalu supaya kekurangannya dapat diperbaiki pada tahun ini... bersambung

Seterusnya menjelaskan bagaimana Allah swt memfardhukan sesuatu maka di sana ada hasil yang akan diperolehi oleh seseorang hamba yang melakukannya dengan sempurna. Maka penyempurnaan ibadah itu menentukan sejauhmana hasil yang dirasai oleh hamba yang merasapi dalam diri dan perlaksanaan kehidupannya.

Pensyariatan solah,Allah swt menjelaskan bahawa hasilnya adalah bagi menlahirkan insan soleh yang benci atau anti kepada maksiat dan kemungkaran seperti firmanNya " Sesungguhnya solah itu akan mencagah hambanya daripada maksiat dan perkara yang keji "

Begitu juga ibadah puasa ramadhan ia melahirkan insan yang bertaqwa. Insan bertaqwa adalah insan yang berkualiti yang mempunyai ciri - ciri yang dijelaskan oleh Saidina Ali kwh seperti berikut : i. Takutkan Allah ii. Beramal seluruh perintahNya iii. Bersedia dengan hari kematian iv. Redha dengan ketentuanNya.

4 Pertara tersebut merupakan asas taqwa yang paling penting dalam merealisasikan kehidupan yang soleh dan diredhai Allah swt.

Saya sudahi tazkirah dengan fenomena HINI yang sudah menjadi 'ummul balwa' kerana maksiat hari juga sudah ' ummul balwa' yakni sudah melatadan merebak tampa kawal.

Jesteru keinsafan dan kembali kepada Allah dengan sebenarnya mampu menangkis dan menjauhi wabak tersebut.






0 comments: