Saturday, April 25, 2009

LAWATAN KOLEJ UNIVERSITI DARUL QURAN ( KUDQI )

Semalam bersama MPPKIDU menyambut rombongan daripada pelajar KUDQI yang melawat negeri utara termasuk ke KIDU. Rombongan yang disertai Ust Nik Mat Nor dan isteri . Selepas disajikan hidangan istimewa di kantin , majlis ramah mesra diadakan di dewan KIDU yang tersergam indah selepas dicat semula.

Majis dimulakan dengan ucapan Umar selaku pengerusi dan disusuli oleh wakil MPPKIDU dan guru pengiring KUDQI. Selepas itu persembahan solo nasyid merdu Sdr Abd Salam dan dilas oleh nasyid solo daripada KUDQI

Kemudian taklimat saya sampaikan tentang KIDU dan isu semasa termasuk lawatan CEO KIDU di bumi Syam sekarang ini.

Pihak KIDU mengucapkan terima kasih kepada KUDQI semoga kehadiran semua menambahkan kasih sayang dan persaudaraan ukhwwah fil Lah. Tak pasti sama yang menang dalam pertandingan bola sepak dan bola jaring di padang esoknya.

0 comments: